Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Thursday, February 4, 2010

kisah aku di kedai

kadangkala manusia akan sentiasa berfikiran...samaada apa sahaja perbuatannya melampaui batas atau sebaliknya
aku tidak terkecuali darinya,memandangkan aku perniaga, selalu berhadapan dengan pelbagai situasi yang mengembirakan,yang menjelikkan,yang merapu dan yang serius

yuyu
kisah kali ini aku tulis daripada kisah benar aku pada hari semalam( rabu 3hb 2,2010)
masa kejadian: 2.15patang bertempat di:citarasa rinduan

masa ini,zali menghantar pekerjaku yang bertukar shif...
aku tinggal seorang di chasier, manakala ada 3 orang lagi pekerja yang membuat kerja2 seperti biasa

datang 2 orang permuda dikedai, aku nampak si aton(pekerja bahagian order) dah menjalankan tugasnya, jadi aku time ini,menyiapkan akaun kedai...berserta bil2 semasa yang dikemaskini
salah seorang permuda,masuk ke kawasan makanan, aku layan dengan mengambil nasinya...
aku perhatikan kawan mamat lagi sorang nie, masih lagi dengan aton.

dipendekkan cerita,aku kembali menyiapkan kerja2 aku...
mamat yang (senang aku katakan bertopi dan berambut panjang) masuk ke bahagian makanan,
aku tegur dia
`adik,kalau tak berminat dengan lauk-lauk (masa nie lauk tinggal sedikit sahaja,memandangkan jam dah 2.30petang) akak ada sediakan lauk-lauk panas seperti sop2 dan goreng2

mamat tu terus pandang muka aku,aku biasalah dengan penuh hormat sambil senyum kat dia....nak jaga pelanggan nie,bukannya mudah..kalau kita sakit pun kita kena buat muka ceria....

dengan nada meninggi dia menjawab`kak,,,,dari tadi saya duduk...tak ada seorang pun layan`..

aku senyum,yerlah tak kan lah aku nak jawab` ler,bukan tadi pekerja kak dah ambil order ker`

aku terus kata, ada macam2 lagi makanan kat sini...orderlah...

dia,dengan muka masam terus blah, aku perhatikan meja dia, time nie customer tak ramai, senang aku nak cam rupa mamat tu.....

boleh dia kata kat kawan dia, oooooi...dah lah blah2x aku tak nakmakan kat sini.,,,penat tunggu tak ada orang order

masa ini, dada aku dah rasa sakit....eik...bior betul mamat nie, suka2 nak ajak orang pergi...kebetulan kawan dia tengah makan nasi campur,kawan dia senyap,,,

pada masa yang sama,bak asynik bawa sepinggan nasi ayam. mamat yang bertopi tu dah berjalan ke arah kereta..... masa ini aku cuma memerhatikan tindak laku mamat tu,......
aku sebenarnya bingung....apa yang berlaku....

nasib.kawan mamat bertopi tu tak bangun....dia siap lambai pada mamat bertopi aka loya buruk tu.................aku still nak tahu apa tindakan seterusnya....mana tahu kalau dia terus start kereta dan pergi balik ker,...

hemmmmmmmmm
rupanya dia kembali kemeja sambil duduk tersengih2x.....
peeh..............memang aku nak jer. bangun dan balas kata2 dia sebentar tadi.....

apapun.....pengalaman sebegini memang sentiasa berlaku
yang aku perhatiakan kisah ini akan berlaku sekiranya aku yang menjaga chasier...
kalau zali yang jaga tak pernah berlaku...

adakah lelaki suka ambil kesempatan....?..
atau diorang ingat kita nie,lemah......

teringat kisah aku ditipu dengan pemandu teksi,,,,,
masa kejadian seperti peristiwa semalam......
(nantilah aku akan bercerita lagi)

rentetan peristiwa ini,
aku rasa.....mamat tu saja nak buat lawak bangang
atau.......dia memang suka kenakan orang....
yang peliknya,nasi ayam dan minuman dia habis dimakan..
bayaran pula,kawan dia yang bayar......
alahai.............teruknya,jangan jadi menantu aku sudah.......
tak rela aku.....

0 ulasan: