Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, April 26, 2010

ADA CINTA DI HATI

Salam isnin, eik..dah 4,5 entry baru nak ucap salam puan Ayu..ayoyo,...memang dah terlebih makan semut aku nie, alahai....okeylah berbalik pada tujuan asal aku, nak share sesuatu kat korang, kalau tak share rasanya tak patut, sebab aku rasa ramai para blogger yang suka dengan novel..BETUL kan?

Rasanya lah ari nie banyak entry tentang tag dan award..so, kebetulan aku baru sahaja menghabiskan satu novel semasa kenduri kawin sepupuku, aku nak kongsi kat korang apa yang buatkan aku teramat suka kat novel nie,.tajuk novel nie macam kat atas. ADA CINTA DIHATI..

Tajuk pun dah buatkan aku ala2 gile bayang...mai nak citer lebih kurang tentang novel nie yer. Penulis Emma Maizura telah memilih gaya penulisan yang ala2 besahaja, dimana melibatkan hubungan kekeluargan, cinta 3 segi, uits...aku tengah nak abiskan novel cinta 5 segi dari HM. Tuah..(tu entry akan datang yer)

Kali nie, melibatkan pasangan kembar yang dilahirkan seiras namun memiliki sifat yang berbeza,

Adlyna, memiliki hati yang keras, selalu memilih kata hati dalam membuat keputusan, bekerja sebagai model yang terkenal, namun sentiasa memilih jalan yang memakan diri sendiri sehingga sanggup meninggalkan tunang tersayang demi kerjaya yang dipilihnya,

Adreena, seorang yang amat baik hati, mudah terasa aka sensetif, tetapi tidak menunjukkan kepada sesiapa, yang buatkan aku geram kat reen nie, sebab dia suka sangat dengar kata orang lain...Eik, awatlah ko tak kuat pendirian,,,suka benor ikut arahan...akhirnya makan diri, sanggup menerima permintaan ayahnya, hasil dari perbuatan adlyana, sampai terpaksa berkahwin dengan tunang akaknya, kalau aku sure aku tamo hahahah..(over pula aku nie)

Syukri, kira hero dalam cerita nie, seorang yang good looking, tertawan dengan adlyna, tetapi tak sedar yang tertipu dik penyamaran tunangnya sendiri,mana taknya, wish love kat orang lain, nasib ler akhirnya orang tu jadi wifenya,...hehehehe

Saksikan, pelbagai kerena, ketidak puashatian, kesensaraan yang dihadapi oleh Reen semasa menjadi isteri kepada Syukri, time nie aku emo sungguh, Syukri anggap reen macam sampah, gantung tak bertali..3 tahun berkahwin namun merahsiakan penderitaan yang dihadapi.. (kalau aku ler, dah pi pejabar agama minta konselor...hehheeh,)

Bagaimanakah reen dapat menempuhi semua dugaan? tabahkah hatinya diasak oleh hati suaminya yang hanya memilih kebendaan, alah......... syukri nie, sayang kat reen tapi,,ego lelaki sangatlah tinggi..., bila kebahagian dah diperolehi oleh Reen dan Ree, adlyana pula muncul sekali lagi.., menuntut sesuatu yang bukan lagi haknya..adakah kedukaan yang di cipta akan mendatangkan kebahagian?

Jadi, apa lagi..korang kena beli novel nie, walaupun novel nie dah lama,,(sebenarnya aku tak ingat bila aku beli, sebab aku banyak koleksi yang belum dibaca lagi).. korang wajib baca... tiap kali emosi korang berjaya di cairan oleh penulis novel ini..sure korang tak leh jauh dari sang tisu


7 ulasan:

eqbalzack said...

macam menarik je novel ni ayu...
abg eq masa skool dulu mmg suka bace novel...
tapi bila dah besar pjg ni...novel bace abg eq....hehe

Unknown said...

abg eqbal..cari jer..
tapi kan. HM Tuah lagi sesuai utk org atasan mcm abg eqbal..ada klas...hehrjr

Amir Syahir said...

mnt ye novel..

azila said...

aah...samala dulu zla mmg pantang tgk novel2 neh.Tp skang, tgk novel tanpa ada sebarang perasaan lak...heheh

Unknown said...

hai hiro..

sis suka sangat2 novel..lagi2 alaf 21

Unknown said...

salam azila

ayu tak leh hidup tanpa
1. novel
2. blog

azila byk betul outstation..mmg tak dapat nak pupuk perasaan tu lagi

Uchiha Uzuma said...

i am very impressed with you...