Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Monday, May 17, 2010

SAYUR NANGKA CITARASA RINDUAN

(Citarasa Rinduan)


Kali nie, ayu nak syer Sayur Nangka Masak Lemak..rasanya masakan nie amat digemari oleh warga Malaysia, Singapura dan Indonesia. Masakan yang sedap dimakan walau tak habis dimakan, boleh dihangatkan banyak kali. Lagi selera kalau makan nasi berlaukkan sayur nagka lemak beserta telur masin atau pelbagai jenis ikan masin.. (bak kata pepatah..Mak mertua lalu kat belakang pun tak perasan, yerlah kan..cuba mak mertua lalu depan..mestilah kita perasan, siap pelawan makan duk sebelah lagi.kikikiki)

Resepi kali nie, ciptaan ayu..hasil gabungan dari Ibu dan Mak, resepi yang paling simple...jom kita semak resepinya

BAHAN-BAHAN
  1. Nangka mentah, (jangan pilih yang nak masak, atau ganyut..rebus nagka sehingga empuk a.k.a masak)
  2. Santan kelapa (guna santan segera okey gak)
  3. Bawang Merah (blander halus)
  4. Bawang Putih (blander halus)
  5. Ikan bilis atau udang kering (blander halus)
  6. Buah Keras (blander halus)
  7. Cili Padi (blander halus)
  8. Kunyit basah (blander halus)
  9. Ketumbar dan jintan (blander halus)
  10. Selai (ketuk, lagi harum baunya, jika anda tak gemar sila blander halus)
  11. garam (secukup rasa)
  12. ajinamoto (secukup rasa)
  13. Air
  14. Babat (rebus sehingga masak)
  15. Isi ayam (lagi sedap pilih tulang-tulang ayam)
CARA-CARA MEMASAK

  1. Tumiskan bahan-bahan dari nombor 3- nombor 10, sehingga kering (tiada pengunaan minyak). Masukkan air dan santan.
  2. Biarkan santan masak secukupnya, masukkan garam dan ajinamoto, perlahankan api apabila santan cukup masak, masukkan babat dan isi ayam. Tunggu sehingga masak.
  3. Masukkan nangka yang telah direbus, masak dengan api yang perlahan
  4. Apabila nangka dan santan sudah sebati, menunjukkan nangka sudah boleh dihidangkan. selamat mencuba.

4 ulasan:

Lelord said...

mabelessss terliur

Nur Hawa Mohd Zin said...

suke ni kak...sedap sgt....awe prefer makanan kq daripada western n moden style...

Unknown said...

sis lelord...
mai singgah kedai ayu..
ayu masakkan lauk2 kampung

Unknown said...

awe....

mai belajar masak sebelum berkawin...kak rela jd cikgunya