Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, May 5, 2010

XPDC SELAI-ENDAU ROMPIN PART 2

MALAM NIE AKU SAMBUNG SEMULA CERITA TENTANG XPDC SELAI-ENDAU ROMPIN


Nak tahu apa jadi lepas kami dapat kunci rumah?...kami beramai2…dok terjun ke dalam air terjun, dah tak tahan lihat air dari gunung yang menderu2…Umai pun tak mahu naik atas, riang sebab dapat main air…mandi manda dari jam 12.30 tengahari sampai 3.00 petang, ada aktiviti berenang dan berkayak melalui jeram semuanya diajar oleh jurulatih dari Taman Negara, Cuma yang tak best sebab air tak terlalu deras, dah lama tak hujan kat kawasan nie….okeylah kan, merasa gak naik atas pelampung. Tambah ilmiah…..

Punyalah lama kami mandi manda tak sedar dah ke petang..terus bilas badan dan rehat sebentar, sekarang nie Umai tengah tidor tak sedor diri, En zalie pun terlibat sekali, aku….pula? taip entry untuk korang….tak tahan beb, nak kongsi pengalaman dengan korang…mana2 yang baca entry aku nie dah tentu susah nak faham jalan cerita aku, kesiannya kat orang sebab aku tak suka edit entry atau ulang bacaan…..nanti tak pasal2 aku edit, lebih banyak yang salah….maaf lah yer, nie nak lelap sekejap….menanti masa nak memasak untuk peserta.

Jam 4 petang Dapatlah aku lelap setengah jam, terus memasak, Korang nak tahu apa yang berlaku kat menu yang aku dah listkan?...semuanya tak menjadi, sebab peserta perempuan a.k.a mak2 orang duk masak dari rumah.terlebih rajin… so, sapa yang untung?..aku lah..sebab menyenangkan bebanan kerja aku…hanya buat air minuman dan sop ayam…semua peserta dah kenyang makan bekalan dari rumah, itu yang hanya larat makan roti cecah sop ayam, manakala BBQ tetap dijalankan….

Peserta lelaki dewasa dan remaja ,kebanyakkan pi tangkap ikan. Kat sini tak boleh memancing…kesian kat En Zalie, tak dapat nak tunjuk skill….hanya boleh tangkap ikan dengan serapang, ayoyo…manalah nak dapat ikan, semua ikan cabut lari………….tapi ada gak yang tak dengar arahan, curi2 memancing guna joran kat tengah2 pokok hutan..

Okeylah….aku nak tidur dahulu..dah jam 11.45 malam….kesian kat korang, baca entry aku sampai demam2…….aku pun dah letih badan..sakit semua badan..sebab belajar berkayak dengan berenang..


mai kita layan gambor...ala2 puteri duyung..ala2 puteri tersungkur...kikikiki...layanzzz...


(AWAT LER...SEMENJAK 2,3 HARI NIE..ENTRY AKU ALA2 GURINDAM...ADAKAH AKU TERLEBIH MAKAN GARAM? KALAU BETUL...SAH AKU KENA CARI ASAM, BIAR BERSIH SAMPAI KEAKAR TUNJANG.....)






(dari zero..aku dah boleh menggunakan alat ini...bertambah lagi skill...)





(memang, dilarang memancing...sebab habitat semuanya hak taman negara...)


(indah kurnian illahi. semoga ada jodoh aku datang lagi)


3 ulasan:

eqbalzack said...

insyaAallah...1 hari nak juga ke sini...
tunggu selesai belajar ni dulu...

Unknown said...

abang eqbal...mai ler jungle traking...leh kenal alam flora dan fauna

Unknown said...

sangat hijau..release tension bila stay kat sana..lupa dgn work stress etc..