Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Friday, June 11, 2010

KELEBIHAN DAUN SIRIH...


Kadangkala di zaman moden yang sentiasa maju ini, kita terlupa akan kelebihan daun sireh....hanya majlis bertunang atau majlis perkahwinan daun sireh akan digunakan....

Namun ada dikalangan warga emas yang masih mengamalkan mengunyah daun sireh ini, namun di pandang sepi atau keji....

Untuk bidang perubatan...daun sireh amat penting ... bukan maksud aku daun sireh digunakan untuk perkerjaan kurafat atau tahyul...namun..mempunyai khasiat untuk membantu manusia yang mempunyai masalah angin pasang, salah urat atau `denah` dan sebagainya

Untuk itu, aku ingin berkongsi info dengan para sahabat...khasiat daun sireh dalam kehidupan kita seharaian...

Info dari goggle...terima kasih (semoga info ini bermanfaat kepada anda)

Di zaman silam sirih merupakan salah satu pendekatan perubatan tradisional yang penting, bukan sahaja di Tanah Melayu malahan di rantau Asia, India dan Afrika Timur. Di India, sirih digunakan untuk mengubati penyakit di mulut, tekak dan lapisan perut. Di Afrika Timur, daunnya digunakan untuk ulser bernanah dan jusnya untuk selsema serta penyakit radang kerongkong. Masyarakat Filipina menggunakan sirih untuk mengubati masalah gastrik dan penyakit paru-paru yang dihadapi oleh kanak-kanak. Di Kemboja, daun sirih yang ditumbuk dijadikan losyen mandian untuk mengubati penyakit seperti demam, demam campak, kelenjar membesar dan lymphagitis. Sementara di Indonesia, daunnya yang segar dicampurkan ke dalam bahan-bahan perubatan lain sebagai ransangan antiseptic, gatal-gatal, astringen dan aphrodisiac.

Khasiat-khasiat sirih yang telah digukankan di dalam perubatan di zaman silam ini telah terbukti kesahihannya melaui kajian-kajian saintifik yang telah dilakukan oleh institusi di antaranya Universiti Putra malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Di antara hasil kajian mendapati daun sirih atau 'Piper Betle' mengandungi PATI MINYAK yang bahan-bahan utamanya ialah CUGINOL dan KAVIKOL. Bahan-bahan aktif di dalamnya pula seperti FLAVORNOID dan POLYPHENOL boleh menegangkan kulit dan mengelakkan kedut-kedut di muka yang bermakna ianya boleh membawa kesan awet muda.

Khasiat ASTRIGEN daun sirih pula berkeupayaan mengecutkan tisu-tisu organik dan khasiat ANTISEPTIK untuk membunuh kuman. Ini bermakna, jika diminum airnya atau digunakan sebagai pencuci harian bagi wanita khasnya, selain menegangkan otot-otot tisu dalaman vagina, ia juga boleh membunuh bakteria, kuman atau kulat serta mengatasi masalah keputihan. Sirih juga turut digunakan bagi mengatasi masalah penyakit Malaria, sakit sendi, gout dan dipercayai boleh merawat kanser dan penyakit jantung.

Di dalam bidang perubatan herba di Malaysia, menurut sejarah, sirih adalah tumbuhan asli dan antara jenis-jenis sirih ialah sirih melayu, sirih cina, sirih india, sirih jawa dan sirih indonesia. Masyarakat Cina mengenali sirih sebagai herba untuk memanaskan badan. Masyarakat India pula lebih mengaitkannya dengan penjagaan mulut dan rambut. Namun begitu, masyarakat Melayu yang lebih inti dengan sejarah sirih dan kepelbagaian kegunaannya, samada bagi tujuan perubatan, kecantikkan dan kebudayaan.

Kini dengan perkembangan teknologi-bio ia diproses dan dimasukkan dalam bekas untuk dipasarkan sebagai produk kesihatan/kosmetik. BioSirih Cosmetics adalah sebuah syarikat 100% milik bumiputra yang komited untuk mengeluarkan dan memasarkan produk-produk kosmetik/kesihatan bermutu tinggi dan berkesan dengan hanya menggunakan bahan-bahan yang dijamin halal serta selamat digunakan. Tumpuan-tumpuan syarikat ialah produk-produk yang berasaskan pengunaan herba-herba tempatan terutamanya pati minyak daun sirih yang melambangkan ketulenan kosmetik sejak zaman berzaman.

Khasiat-khasiat daun sirih ini telah digabung dengan khasiat yang terdapat dalam limau purut. LIMAU PURUT atau CITRUS HYSTRIX mempunyai khasiat antaranya melembut, melebat, merapi dan mengharumkan rambut, mengatasi masalah kulit kepala, melegakan migraine, merangsang perjalanan darah dan mengatasi bau badan. Asid Sitrik (AHA) yang terkandung membanut mengekalkan kelembapan kulit. Vitamin B dan C serta Potasium pula meningkatkan daya ingatan dan membantu memulihkan tekanan darah




8 ulasan:

Lelord said...

banyakkan khasiat sireh...akak guna Resik-V (pembersih daerah khusus wanita)

ISZA said...

errr.. warna tulisan buat confuse lah ayu.. leh tukar?

CiKaLi said...

haha..
khasiat awet mude ade??

azieazah said...

SETUJU....

Karpet kaler HITAM, tulisan kaler BIRU gelap.. langsung tak leh nak baca.... rugi saya.. adehhhh

(Adakah saya perlu highlight untuk baca setiap patah info?)

Unknown said...

kak lelord...
ayu ada gunakan bio sireh untuk itu

Unknown said...

cikgu...

minta maaf,..ayu tukar segera

semoga ianya bermanfaat

Unknown said...

cikali..untuk awet muda..

awak kena amalkan minum rebusan daun sireh...insyallah..berkesan.

Unknown said...

salam kak azie

ayu mohon maaf...ayu dah tukar untuk kesenangan ayu dan rakan2...

terima kasih kerana sudi baca entry ayu,,,semoga ianya bermanfaat