Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Sunday, August 15, 2010

PERHATIAN KEPADA LELAKI-4 Golongan Lelaki yang Ditarik Wanita ke Neraka -



Hai orang-orang yang beriman,peliharalah dirimu dan ahli (keluarga) mu dari api neraka yang bahan bakarnyaadalah manusia dan batu;...— Q.S. At-Tahrim (66 : 5)

Betapa hebatnya daya pikat dan tarikan wanita, bukan saja di dunia. Namun diakhirat pun demikian, maka kaum lelaki yang bergelar ayah, suami, abang, atauanak harus memainkan peranan mereka dengan sungguh-sungguh. Seorang wanita ituapabila di yaumil alkhirat nanti akan menarik empat golongan lelaki bersamanyake dalam neraka. Tulisan ini bukan untuk merendahkan wanita, tetapi sebaliknyasupaya kaum lelaki memainkan peranannya sesuai hak dan seksama, sertaberwaspada akan tanggung jawab yang dipikul di dunia!



Ayahnya


Apabila seseorangyg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidakmemberikan segala keperluan agama seperti mengajar sholat, mengaji, dansebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Tidakcukup hanya memberi kemewahan dunia saja maka dia akan ditarik ke neraka olehanaknya.

Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindaktanduk isterinya. Bergaul bebas di luar rumah,menghias diri bukan untuk suamitapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim. Apabila suami berdiam diri walaupun dia seorang alim, misalkan sholat tidak lalai, puasa tidak tinggal,maka dia akan turut ditarik oleh isterinya kelak.

Abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada, tanggung jawabmenjaga wanita jatuh ke pundak abang-abangnya. Jikalau mereka hanyamementingkan keluarganya saja, sementara adik perempuannya dibiarkan melencengdari ajaran Islam, tunggulah tarikan sang adik wanita di akhirat nanti.

Anak lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati ibu periha ltindak-tanduk yang menyimpang dari Islam. Bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, bergunjing, dan lain sebagainya maka anak lelaki itu akan ikut ditanya serta diminta pertangungjawabannya di akhirat kelak.

Semoga kita terhindar dari Wanita yang dapat menjerumuskan ke Neraka..

Wallahu`alam..

Semoga Bermanfaat..

0 ulasan: