Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Wednesday, October 20, 2010

Nasha Aziz Tangguh Kahwin & Umrah



KUALA LUMPUR: Perancangan pelakon dan model, Nasha Aziz, (gambar) untuk melangsungkan majlis perkahwinannya dengan Nur Iman Tang pada Jun lalu terpaksa ditangguhkan.

Hasrat kedua mereka yang turut merancang untuk mengerjakan umrah sebelum pernikahan mereka juga tidak menjadi.

Nasha berkata, dia agak sukar untuk membicarakan hal berkaitan peribadinya dengan pihak media.

Bagaimanapun, selepas dipujuk untuk memberi komen mengenai status hubungannya dengan lelaki yang merupakan mualaf itu, kata Nasha, mereka masih lagi menjadi pasangan kekasih.

"Alhamdulillah, hubungan kami masih lagi baik. Saya memerlukan seseorang untuk menyokong saya dalam segala hal. Dia (Iman) menjadikan saya seorang manusia yang tahu memilih mana baik dan mana buruk.

"Tahun depan, umur saya dah nak masuk 40 tahun. Siapa yang tak nak kahwin? Mungkin Allah belum membuka jalan untuk saya kahwin lagi.

"Andaikan satu hari nanti saya perlu berhenti daripada karier demi seseorang, saya akan lakukan perkara itu. Saya sanggup berkorban demi suami," katanya ketika ditemui, di Hotel Park Royal di sini, Selasa.

Nasha menghadiri majlis sidang media anjuran Rafflesia yang turut menjadi penaja aksesori artis wanita untuk Festival Filem Malaysia ke-23

Mengenai perancangan menunaikan Umrah seperti yang dijanjikan sebelum ini, kata Nasha, kekasihnya itu mungkin belum lagi bersedia.

"Awal-awal, memang dia teruja untuk melakukannya (umrah) tapi bila masanya hampir tiba, dia senyap. Bagi saya, sebagai seorang manusia biasa, terpulang pada seseorang itu untuk membuat keputusan.

"Saya memang ingin membantu orang yang ingin tahu tentang Islam tapi kalau seseorang itu belum bersedia, saya tak boleh nak paksa. Pada awal tahun depan saya bercadang akan menunaikan umrah dan terpulanglah sama ada dia mahu ikut atau tidak," katanya yang banyak melakukan aktiviti peragaan di Shah Hai, China. kredit to mStar

PS: semoga apa jua perancangan nasha…sentiasa dimakbulkan olehNya..