Photobucket Photobucket

CITARASA RINDUAN

Tuesday, January 25, 2011

Album ‘Kalau Berpacaran’ Sudah Dijual

Sohaimi kini muncul dengan album baru.
PETALING JAYA: Setelah hampir setahun berkumandang corong radio, kini peminat laguKalau Berpacaran boleh mendengar lagu tersebut dengan memiliki album berjudul Kalau Berpacaran… The Album yang baru berada di pasaran.
Lagu yang menjadi kegilaan ramai ini adalah kolaborasi penyanyi terkenal awal 80-an, Sohaimi Mior Hassan bersama dua penyanyi dari generasi baru, Altimet dan Ana Raffali.
Bermula daripada penghasilan sebuah single, Sohaimi telah berjaya mengembangkan ideanya dengan menerbitkan album tersebut.
Lagu Kalau Berpacaran ini adalah merupakan ciptaan Sohaimi sepenuhnya ketika menghadiri program “Cipta Ekspres” yang dianjurkan oleh Badan Pelindung Hakcipta Karyawan Malaysia (MACP) di Port Dickson pada tahun lalu.
Ana Raffali merupakan salah seorang penyanyi lagu Kalau Berpacaran.
Menggabungkan irama A Go Go dan Hip Hop, Kalau Berpacaran merupakan sebuah lagu nasihat seorang bapa kepada anak perempuannya tentang perilaku ketika bercinta.
Lirik lagu ini banyak menyentuh pantang-larang ketika berpacaran berkisar daripada budaya masyarakat Melayu yang telah menjadi pegangan sejak turun-temurun. Lagu ini turut menambat hati pendengar dengan unsur agama yang turut diselitkan.
Album terbitan Tele-infra Teknologi Sdn Bhd edaran Warner Music ini turut dimuatkan dengan dua buah lagu klasik, Epilog Cinta yang turut dikenali sebagai Epilog Cinta Dari Bromley dan “Ros” yang diinspirasikan daripada bakal isterinya bernama Ros, ketika itu tapi telah diolah dan diberi nafas baru yang lebih santai.
Sohaimi juga menyampaikan sebuah lagu yang berentak asli dalam lagu Hikayat Negeri Antah Berantah, membuktikan dia begitu versatil dalam nyanyiannya. Lagu Demokrasiyang judul asalnya Ini Bukan Demokrasi Kita juga telah ditukar susunan muziknya menjadi lebih bertenaga.
Menerusi lagu Seru pula, Sohaimi telah berpadu suara dengan Mus, dari kumpulan May. Diselitkan juga di dalam album ini ialah Kalau Berpacaran (versi asal) di mana hanya melibatkan Sohaimi dan Altimet sahaja.

Kredit to mstar online

PS: aku paling suka lagu nie…siapa bubuh calling ring tone lagu nie?? Aku suka korang..heheheheh

11 ulasan:

Dearie Pearls said...

suka part ana raffali tu.
ada 'gedik2' bunyinya tapi sedap kedengaran.

layan juga lagu nie.

heeeeee

emieysandra said...

thniah! Ana rafalli best..

azieazah said...

Masa Sohaimi Meor Hassan ni top dgn lagu Epilog Cinta Dari Bromley tu, Kak Azie masih bersekolah menengah.

Kemudian Sohaimi pergi ke luar negara sambung belajar.

Kini beliau sangat berjaya dlm perniagaan.

Bayangkan berapa lama dia tidak menyanyi, tapi suara dia best!

Ati Masrif said...

oh baru keluar album ke

kita tahu dengar je di radio

sahromnasrudin said...

dia penyanyi lama..suaranya sgt bagus..suke dgr lagu dia

Zaidah said...

asben suka dengar lagu sohaimi nie....dia kata menenangkan jiwa...layanzzzz...zasssss

Unknown said...

Assalamualaikum Ayu...

Dah Sah Peminat Suhaimi Meor Hassan....

Halia Kentang @ Annpaan said...

suka sgt dgr lgu ni kak
byk meseg nyer:)

eelobor said...

minat lagu2 sohaimi dari dulu lagi... memang best

munna said...

ni rupanya penyanyi lelaki tu.. anak munna suka lagi ni.. klu menyanyi mesti nyanyi lagu ni aje

Mas said...

ayu..mas mula suka lagu ni masa tengok you tube cikgu shida....best kan lagu ni...